Ringkasan
- Sokongan & Rintangan: USDJPY didagangkan berhampiran 145.00, berhadapan dengan rintangan 145.35 dan sokongan 143.98. Penembusan menaik melepasi 145.35, jika ia terus menaik, boleh membuka pintu ke arah 147.25, manakala pergerakan ke sebelah bawah 143.98 akan menunjukkan potensi penyongsangan bearish.
- Pola Carta: Pola Double Bottom terbentuk berhampiran 145.65, menunjukkan potensi bullish. Jika harga mengesahkan penembusan ke sebelah atas 147.25, pasangan ini boleh naik ke arah 149.05, melengkapkan struktur penyongsangan.
Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi USDJPY
- Prospek A.S.:
- Penurunan taraf kredit Moody (daripada Aaa kepada Aa1) telah mencetuskan kebimbangan tentang kestabilan fiskal AS, memetik tentang peningkatan hutang persekutuan sebanyak $36 trilion.
- Semakan menurun itu mencetuskan penjualan besar-besaran bon, mendorong kenaikan hasil bon Perbendaharaan 30 tahun melebihi 5%, yang tertinggi dalam tempoh 18 bulan, dan melemahkan dolar A.S.
- Dasar Fed:
- Pegawai Fed, termasuk Alberto Musalem (St. Louis) dan Raphael Bostic (Atlanta), memberi isyarat penjedaan (pausing) kenaikan kadar, menyebutkan tentang keperluan untuk data ekonomi yang lebih tepat. Ini menyumbang kepada sentimen USD yang dovish.
- Prospek Jepun:
- Indeks Aktiviti Industri Tertiari jatuh kepada -0.3%, menunjukkan sektor perkhidmatan yang sedang melembap.
- Walaupun begitu, Bank Jepun kekal komited terhadap dasar monetari ultra longgarnya, mengekalkan overnight call rate sekitar 0.5%, melemahkan JPY secara struktur.
Intipati Penting Untuk Trader
USDJPY mengukuh di sekitar 145.00 berlatarkan percanggahan fundamental. Tatkala kebimbangan fiskal A.S. dan sentimen dovish Fed menekan dolar, kadar rendah yang berterusan di Jepun telah membataskan kekuatan yen. Penembusan yang disahkan di atas 147.25 boleh menjadi signal penerusan trajektori menaik ke arah 149.05, manakala penurunan melepasi 143.98 boleh menandakan penyongsangan. Trader perlu memantau data inflasi utama A.S. dan komen-komen dasar BoJ untuk arah yang seterusnya.
USDJPY – Rangka Masa H4
.png)
Aksi harga pada carta rangka masa harian USDJPY kini sudah mencapai kawasan kritikal Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracement) — iaitu antara 76% dan 90%. Penembusan berganda struktur bullish menetapkan nada untuk sentimen bullish, sementara zon permintaan rally-base-rally, sokongan trendline, dan aras Fibonacci menyediakan konfluens yang menunjukkan kemungkinan terjadinya penerusan bullish.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bullish
Sasaran- 148.684
Pembatalan- 141.797
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.