Analisis Fundamental
EURJPY terus menghampiri paras tertinggi berbilang tahun, didorong oleh percanggahan dasar antara ECB dan Bank Jepun (BoJ). ECB mengekalkan nada hawkish walaupun ada unjuran penurunan kadar pada bulan Jun, dan BoJ pula masih belum mengambil tindakan agresif walaupun inflasi berterusan. Selain daripada itu, kenaikan hasil global terus melemahkan lagi yen, yang terus mengalami aliran keluar modal dek kerana pulangan relatifnya yang rendah.
Menurut laporan COT pada 16 Mei, spekulator menambah posisi long bersih mereka dalam euro kepada 53,335 kontrak, mencerminkan jangkaan kekuatan sementara ECB kekal teguh menjelang pemotongan kadar. Sebaliknya, yen mempertahankan posisi short bersih dengan -122,867 kontrak, menandakan keraguan pasaran disebabkan oleh sikap berdiam diri BoJ. Persediaan ini menunjukkan trend menaik EURJPY mungkin berterusan dalam beberapa hari akan datang melainkan BoJ campur tangan atau mengamalkan pendirian yang lebih hawkish.
Analisis Teknikal
EURJPY | H4

Zon bekalan (Jual): 164.63 (POC mingguan)
Zon permintaan (Beli): 160.23 (POC mingguan)
Pasangan ini kekal bullish dan didagangkan dalam saluran menaik (ascending channel) selama enam setengah minggu yang lalu. Sokongan harian utama terakhir ada di 161.59, jadi selagi harga kekal di atas paras ini, kecenderungan bullish kekal sah.
Pada masa ini, harga sedang mengukuh di atas sempadan bawah saluran dan berhampiran zon kepekatan volum minggu ini di sekitar 162.84. Ini menunjukkan potensi pengaktifan bullish di atas 163.00, menyasarkan 163.40, 164.00, dan zon bekalan minggu lepas berhampiran 164.64.
Senario bullish akan menjadi tidak sah jika harga turun melepasi sokongan pada 162.41, seraya jatuh ke sebelah bawah harga pembukaan harian, tahunan, dan mingguan, dan sempadan bawah saluran. Ini akan membuka pintu untuk kelemahan selanjutnya untuk mencabar 161.59 dan memberi isyarat kemungkinan munculnya penyongsangan bullish.
Ringkasan Teknikal
Senario bullish: Beli di atas 163.00, mensasarkan 163.40, 164.00, dan 164.64.
Senario bearish: Jual di bawah 162.60 dengan mensasarkan sokongan 162.41, 162.14, julat bearish intrahari ada di 162.00, dan penurunan selanjutnya ke arah 161.59, 161.00, dan POC beli mingguan ada di 160.24.
*Pola Ketandusan/Penyongsangan (ERP, Exhaustion/Reversal Pattern): Sebelum membuka apa-apa urusniaga dalam kawasan utama, sentiasa tunggu pembentukan dan pengesahan ERP pada carta M5 seperti yang dijelaskan di sini 👉 https://t.me/spanishfbs/2258
POC Dijelaskan
POC = Point of Control (Titik Kawalan): Ia adalah aras atau zon di mana kepadatan volum tertinggi berlaku. Jika sebelum ini ia membawa kepada pergerakan menurun, ia dianggap sebagai zon jualan dan bertindak sebagai rintangan. Sebaliknya, jika ia membawa kepada pergerakan ke atas, ia adalah zon beli dan bertindak sebagai sokongan.