FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

22 Mei 2025

Logam

Laporan Terkini Pasaran Emas (XAUUSD) – 22 Mei 2025

Ringkasan

  • Harga semasa: ~$ 3,336 per auns
  • Trend: Momentum bullish berterusan apabila emas menembusi paras tertinggi dua minggu.
  • Aras Rintangan:
    • $ 3,310.48: Telah ditembusi baru-baru ini; berfungsi sebagai aras penembusan terdekat.
    • $ 3,435.06: Aras rintangan teknikal seterusnya.
    • $ 3,500.20: Paras tertinggi sepanjang masa dan halangan psikologi yang penting.
  • Aras Sokongan:
    • $ 3,277.91: Aras sokongan pertama jika terjadi pengunduran.
    • $ 3,228.38: Zon sokongan sekunder.
    • $ 3,184.80 (SMA 50 hari): Aras teknikal yang kuat dan berpotensi menjadi titik penyongsangan trend.

Pergerakan berterusan di atas $3,310 mengesahkan penerusan momentum menaik ke arah $3,435 dan mungkin $3,500. Walau bagaimanapun, penembusan ke sebelah bawah $3,228 boleh mencetuskan pembetulan yang lebih dalam.

Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Emas

  • Isu Fiskal A.S.:
  • Semakan menurun penarafan kredit Moody daripada Aaa kepada Aa1 telah menggugah keyakinan pelabur. Dengan hutang A.S. kini berjumlah $36 trilion dan permintaan yang lemah untuk bon Perbendaharaan jangka panjang mendorong hasil 30 tahun naik melepasi 5%, harga emas semakin meningkat sebagai aset perlindungan alternatif.
  • Ketegangan Geopolitik:
  • Perang dagang AS-China yang menghangat semula dan rundingan nuklear AS-Iran yang akan datang telah menyuntik risiko baharu ke dalam pasaran global, mendorong permintaan ke atas aset selamat lebih tinggi.
  • Sentimen Pasaran:
  • JP Morgan mengunjurkan emas akan mencapai $4,000 pada Q2 2026, dengan alasan ketidakpastian makro yang berterusan, risiko inflasi, dan permintaan institusi yang kukuh.

Intipati Penting Untuk Trader

Situasi huru-hara akibat ketidakstabilan fiskal, risiko geopolitik, dan kekuatan teknikal mendorong momentum semasa emas. Dengan harga di atas rintangan utama, bull tidak lama lagi akan menyasarkan $3,435. Kendatipun begitu, kegagalan untuk bertahan di atas $3,277 boleh membuka ruang untuk pullback ke arah $3,185.

Awasi:

  • Data inflasi A.S.
  • Komen Fed tentang risiko fiskal
  • Peningkatan atau penyelesaian ketegangan geopolitik (contohnya, China, Iran)

XAUUSD – Rangka Masa H4

XAUUSDH4_(3).png

Aksi harga pada carta rangka masa 4 jam XAUUSD menunjukkan harga menghampiri zon bekalan rally-base-drop yang telah memulakan penembusan struktur bearish. Garisan trend rintangan bertindih dengan zon bekalan, yang juga bersarang di dalam aras kritikal Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracement). Mempertimbangkan kawasan inducment sebaik sebelum zon bekalan, terdapat hujah yang mencukupi untuk sentimen bearish.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bearish

Sasaran- 3181

Pembatalan- 3428.16

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.