FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

23 Mei 2025

Pengurusan risiko

ROI Trading Dijelaskan

ROI Trading Dijelaskan

Apakah itu ROI dalam trading?

ROI bermaksud “pulangan pelaburan” (return on investment) dan ia konsep kewangan yang menunjukkan keuntungan atau kerugian yang dijana oleh pelaburan. Konsep ini terpakai bagi mana-mana industri di mana pelaburan boleh dibuat dan ia membawakan keuntungan (atau kerugian). Perdagangan dalam talian atau Forex trading tidak terkecuali dalam hal ini, jadi mari kita bincangkan tentang ROI perdagangan/trading dalam artikel ini.

Apabila kita memikirkan tentang pulangan pelaburan dalam perdagangan, kita perlu melihat dan memahami kedua-dua sisi — sisi pelaburan dan sisi pulangannya. Apakah yang boleh kita anggap sebagai pelaburan dalam perdagangan? Secara asasnya, sebarang wang yang anda bawa ke dalam akaun perbrokeran anda boleh dikira sebagai pelaburan anda. Anda menggunakan wang itu untuk membuka posisi anda. Inilah yang kita anggap sebagai pelaburan anda dalam perdagangan.

Baki akaun perdagangan anda berubah-ubah, mencerminkan hasil posisi anda yang sedang aktif — keuntungan atau kerugian anda. Anda boleh gunakan kedua-dua nombor tersebut untuk mengira ROI perdagangan anda.

Cara Mengira ROI

Pulangan pelaburan adalah peratusan yang membolehkan kita memahami kadar keberuntungan (profitability) atau kadar keberkesanan pelaburan anda. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk nisbah mutlak (0.3) atau peratusan (30%).

image_01.jpg

Di sini, keuntungan bersih bermaksud semua wang yang anda hasilkan dalam satu tempoh, manakala kos bersih adalah keseluruhan pelaburan awal anda, iaitu semua wang yang anda bawa ke dalam projek.

Nilai yang tinggi menunjukkan pelaburan yang sangat menguntungkan, ia berjalan dengan baik dan terbukti sangat cekap. Dan sebaliknya, jika nombor tersebut negatif, ia menunjukkan pelabur telah mengalami kerugian, bukannya keuntungan.

Mengapa ROI penting?

ROI sangat penting kerana ia membolehkan kita menilai keberhasilan sebenar dalam perdagangan. Oleh kerana ROI dikira menggunakan formula yang sangat ringkas, ia metrik yang sangat mudah dan praktikal yang boleh digunakan oleh trader tidak kira apa jua tahap pengalaman mereka.

Sebagai contoh, adalah sangat sukar membandingkan prestasi beberapa pelaburan berbeza dalam industri-industri yang secara umumnya tidak mudah dibandingkan, seperti saham, hartanah, atau pelaburan dalam syarikat startup IT. Walaupun ia tidak boleh dibandingkan secara langsung kerana sifatnya yang sama sekali berbeza, anda masih boleh mengira ROI untuk mana-mana daripadanya dan membandingkan aset-aset yang lazimnya tidak boleh dibandingkan dengan cara lain.

Nilai ROI membolehkan anda membandingkan instrumen-instrumen pelaburan yang berbeza untuk melihat yang mana lebih sesuai untuk anda. Sebagai contoh, anda mungkin gemar memperdagangkan pasangan matawang eksotik, tetapi perdagangan Forex anda hanya memberikan pulangan 5%. Pada masa yang sama, perdagangan komoditi (emas dan minyak mentah) memberikan anda ROI sebanyak 15% untuk tempoh yang sama. Dengan analisis ini, anda boleh mengubah strategi anda dan menumpukan masa dan pelaburan anda pada komoditi.

Selain daripada itu, jika anda merekodkan nilai ROI dalam satu tempoh masa yang lebih panjang, anda akan dapat membuat kesimpulan lanjut mengenai strategi perdagangan dan portfolio anda. Sebagai tambahan kepada statistik untuk posisi anda yang aktif dan yang sudah ditutup, anda akan dapat melihat gambaran yang lebih luas tentang prestasi keseluruhan anda.

Menggambarkan penggunaan ROI dengan contoh

Mari kita pertimbangkan dua trader runcit dengan pendekatan trading yang berbeza.

  • Salah seorang daripada mereka tidak mengira ROI sama sekali dan berdagang secara rawak. Mereka membuka posisi dan hanya melihat kesudahan untuk satu posisi tunggal ini tanpa mengambil kira keuntungan atau kerugian jangka panjang. Trader ini menjangkakan pelaburan awal beliau akan meningkat dua kali ganda setiap bulan. Oleh kerana ini adalah ROI yang sangat tinggi dalam trading, ia tidak menjadi kenyataan pada hampir setiap bulan. Malah, purata pulangan Forex cenderung jauh lebih rendah dan itu wajar-wajar sahaja kerana ia adalah proses kewangan, bukan keajaiban. Walau bagaimanapun, trader ini seolah-olah mengharapkan keajaiban. Akhirnya, beliau kecewa dan berhenti berdagang.

  • Trader yang seorang lagi berdagang dengan teliti, mengira ROI mereka untuk memahami hasil keseluruhan, dan mematuhi strategi perdagangan beliau sendiri. Trader ini mengira nilai ROI beliau setiap bulan dan membandingkan nilai dari bulan ke bulan. Oleh itu, trader ini mempunyai jangkaan yang sangat realistik. Beliau tahu jika beliau benar-benar mencatatkan kemajuan, jadi beliau dengan yakin terus berusaha untuk menuju matlamatnya yang realistik. Hasil keseluruhan akan jauh lebih baik. Keyakinan dan pengetahuan amat diperlukan dalam perdagangan.

image_02.jpg

Keterbatasan ROI

ROI adalah metrik yang sangat berguna yang boleh menunjukkan banyak tentang pendekatan anda, strategi anda, dan kefahaman umum anda tentang pasaran. Walau bagaimanapun, terdapat keterbatasan tertentu pada ROI yang perlu anda fahami untuk menganalisis keadaan dengan lebih baik.

Pertama sekali, ROI tidak mengambil kira nilai masa wang (time value of money). Untuk mengira ROI, anda hanya perlu mengambil nilai pelaburan anda dan membandingkannya dengan keuntungan. Keuntungan anda mungkin nampak mengagumkan, tetapi jika anda mengambil kira masa, anda mungkin akan melihat gambaran yang berbeza tentang situasi anda. Sebagai contoh, ROI 20% adalah hebat, tetapi jika ia untuk tempoh 5 tahun, ia tidaklah mengagumkan.

Selain itu, pengiraan ROI tidak mengambil kira risiko sama sekali. Risiko adalah lumrah dan fitrah untuk mana-mana pelaburan, dan dalam Forex, pulangan lebih banyak bergantung pada risiko berbanding dalam kebanyakan bidang lain, seperti hartanah atau deposit bank. Seringkali pelaburan yang berisiko berpotensi mempunyai nilai ROI yang tinggi, tetapi sebabnya mudah: ia bertujuan untuk mengimbangi risiko yang lebih tinggi. Jika anda ingin melihat gambaran yang menyeluruh, anda perlu mempertimbangkan risiko bersama-sama dengan pulangan Forex.

Satu lagi aspek lain ialah ROI menjadikan konsep pulangan kelihatan teramat mudah. Ia tidak mempertimbangkan pelaburan yang berterusan, seolah-olah anda hanya melabur sekali sahaja, tanpa sebarang kos lanjutan. Ini tidak benar dalam kebanyakan industri, termasuk perdagangan. Mungkin anda mahu menambah sejumlah deposit tambahan ke dalam akaun anda untuk membolehkan anda memperdagangkan sejumlah lot yang lebih besar, anda mungkin dikenakan komisen atau caj baharu apabila anda mencuba beberapa instrumen baharu untuk portfolio anda. Malah, anda mungkin mahu membayar untuk kursus dan latihan, dan ini juga boleh dianggap sebagai pelaburan dalam penerokaan perdagangan anda.

Kita juga perlu ingat bahawa ROI adalah metrik yang bersifat historikal, iaitu, ia hanya menunjukkan hasil pelaburan masa lalu. Ia tidak boleh digunakan untuk meramalkan keuntungan masa depan. Anda mungkin mengandaikan bahawa jika anda, secara amnya, meraih ROI perdagangan sebanyak 15% dalam tempoh 5 tahun, kadarnya akan sama untuk tahun depan juga. Walau bagaimanapun, ini tidak selalu benar, kerana banyak faktor penting boleh mempengaruhi nilai dalam masa setahun.

Semua yang telah disebutkan di atas menunjukkan bahawa ROI tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya metrik untuk menentukan kejayaan atau kegagalan dalam pelaburan. Untuk benar-benar melihat kedudukan mereka dari segi kejayaan kewangan, seorang trader harus menambahkan analisis yang berlapis-lapis dan mengambil kira faktor-faktor lain, seperti masa atau pelaburan yang berterusan. Setelah trader memahami ROI untuk pelbagai instrumen perdagangan mereka, mereka boleh mempelbagaikan portfolio mereka untuk meminimumkan risiko dan memberi tumpuan kepada instrumen yang lebih menguntungkan.

FAQ

Apakah itu ROI dalam perdagangan?

Dalam perdagangan, ROI (pulangan atas pelaburan) adalah nisbah yang menunjukkan berapa banyak keuntungan atau kerugian yang diraih/ditanggung oleh trader berbanding pelaburan awal mereka. Nilai ini menunjukkan kadar keberuntungan (profitability) bagi suatu pelaburan. Jika anda mendepositkan $500 ke dalam akaun perdagangan anda dengan broker seperti FBS, dan berjaya menjana keuntungan $100, ROI anda ialah 20%.

Dalam perdagangan, bolehkah suatu ROI dijamin dapat dicapai?

Malangnya, dalam perdagangan tiada apa-apa jaminan, termasuk jaminan pulangan atau keuntungan pada kadar tertentu. Perdagangan adalah berisiko. Jadi, walaupun ROI adakalanya mengagumkan di sini berbanding dengan perniagaan yang lebih tradisional, seperti hartanah atau bon kerajaan, ia juga hadir besama risiko yang lebih tinggi.

Perdagangan boleh menawarkan hasil yang mengagumkan untuk beberapa instrumen yang sangat meruap, terutamanya apabila terjadi peristiwa besar di pasaran. Walau bagaimanapun, kerugian juga sangat mungkin berlaku, walaupun untuk aset atau instrumen yang sama. Tiada jaminan, anda harus sentiasa menganggarkan dan menguruskan risiko anda.

Apakah purata ROI yang boleh dijana dalam perdagangan

Tidak ada ROI purata untuk perdagangan secara umum dan untuk Forex khususnya. Dengan strategi perdagangan yang baik dan beberapa keputusan perdagangan yang dibuat dengan sewajarnya ketika kemeruapan sedang tinggi, ROI sebanyak 50% bukanlah suatu yang asing, tetapi masih agak luar biasa. Malah, pelabur kebanyakannya bersetuju bahawa sebarang nombor yang positif adalah ROI yang baik. ROI yang sangat baik adalah 20%, manakala kebanyakan trader aktif gembira dengan 10-15%.

Kesimpulan

Perdagangan adalah pilihan pelaburan yang menarik bagi mereka yang ingin menjana wang dalam talian. Kebanyakan aset yang anda dagangkan dalam talian (dan pelbagai derivatif, seperti pasangan matawang Forex) boleh memberikan pulangan pelaburan yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, semua orang harus ingat bahawa keuntungan yang tinggi biasanya datang dengan risiko yang tinggi. Walaupun ROI boleh digunakan untuk membandingkan peluang pelaburan yang berbeza untuk membuat keputusan mengenai kepelbagaian portfolio, metrik dan alat lain juga harus digunakan untuk menilai risiko dengan lebih baik, mengambil kira masa, dan mempertimbangkan kos pelaburan yang berterusan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.