FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

23 Mei 2025

Asas

Inflasi: definisi, penjelasan, dan contoh

Inflasi: definisi, penjelasan, dan contoh

Pada masa ini, setiap sumber berita bercakap tentang inflasi, artikel ekonomi melaung-laung mengenainya. Semua maklumat yang diterbitkan ini membuatkan semakin ramai orang keliru. Di pasaran Forex, trader memantau indikator ekonomi ini dengan kerap.

Artikel ini akan membantu anda mengetahui asas-asas mengenai inflasi dan segala yang berkaitan dengannya.

Apa itu inflasi?

Kadar inflasi adalah salah satu penentu yang paling penting dalam dinamik kadar pertukaran, walaupun unsur-unsur lain turut diambil kira.

Secara mudahnya, inflasi adalah peningkatan progresif umum harga barangan dan perkhidmatan. Apabila harga naik, bilangan barangan yang boleh dibeli seseorang dengan sejumlah tertentu wang akan berkurangan. Sebagai contoh, semalam, anda mempunyai $5, dan anda boleh membeli lima bar coklat, tetapi hari ini, dengan harga $5, anda hanya mampu membeli tiga bar coklat, jadi, dalam kes ini, inflasi adalah tinggi.

Jenis-jenis inflasi

Tidak semua jenis inflasi adalah malapetaka. Ia berbeza-berbeza, dari yang paling lemah hingga yang paling kuat.

Inflasi yang merangkak (creeping inflation)

Inflasi yang merangkak atau ringan bermaksud harga meningkat sebanyak 3% atau kurang setahun. Rizab Persekutuan menganggap bahawa apabila harga meningkat sebanyak 2% atau kurang, ia memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi. Inilah cara ekonomi berkembang dengan organik. Itulah sebabnya Fed menetapkan 2% sebagai kadar inflasi sasaran.

Inflasi yang berjalan (walking inflation)

Ini adalah inflasi yang intensif atau membinasakan, biasanya dari 3% hingga 10%. Orang mula membeli lebih daripada yang mereka perlukan untuk mengelakkan harga yang jauh lebih tinggi pada keesokan hari. Ia membawa kepada peningkatan permintaan yang lebih tinggi sehinggakan pembekal mahupun upah tidak dapat bersaing. Akhirnya, barangan dan perkhidmatan yang sebelumnya biasa-biasa sahaja menjadi terlalu mahal bagi kebanyakan orang.

Inflasi yang berderap (galloping inflation)

Apabila inflasi meningkat menjadi 10% atau lebih, ia membawa ketidakseimbangan kepada ekonomi negara. Pada masa yang sama, pelabur asing menghindari negara ini, dengan itu menafikan modal yang diperlukannya. Ekonomi menjadi goyah, dan pemimpin kerajaan hilang kredibiliti. Inflasi yang berderap mesti dicegah dengan apa cara sekalipun kerana jika tidak, ia boleh mencetuskan kemelesetan ekonomi.

Inflasi yang berderap adalah fenomena ekonomi yang lebih kerap daripada hiperinflasi dan terjadi secara berkala walaupun di negara-negara yang paling maju dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, inflasi berderap diperhatikan pada tahun-tahun selepas perang (1945-1952) dan pada tahun 1970-an disebabkan oleh kenaikan harga minyak yang ditetapkan oleh OPEC.

Pada tahun 2000-an, bilangan negara yang mengalami inflasi berderap menurun dengan ketara. Kadar tertinggi dicatatkan di Angola pada tahun 2004-2005 dengan kadar 23%.

Hiperinflasi

Hiperinflasi berlaku apabila harga meroket melebihi 50% dalam tempoh sebulan. Ia sangat jarang berlaku. Malah, kebanyakan contoh hiperinflasi berlaku apabila kerajaan mencetak wang untuk membiayai peperangan. Contoh hiperinflasi termasuk Jerman pada tahun 1920-an, Zimbabwe pada tahun 2000-an, dan Venezuela pada tahun 2010-an. Di Amerika Syarikat, hiperinflasi berlaku semasa Perang Saudara.

Disinflasi vs. Deflasi

Deflasi ialah penurunan harga barangan dan perkhidmatan secara umum. Ia proses kejatuhan harga, jadi ia bertentangan dengan inflasi.

Deflasi membawa kepada peningkatan kuasa membeli suatu matawang. Dalam erti kata lain, jumlah wang anda kekal sama, tetapi kerana harga lebih rendah, dolar anda mampu membeli lebih banyak. Contoh deflasi yang paling jelas ialah Great Depression di Amerika Syarikat.

Deflasi sangat merosakkan KDNK kerana orang ramai tidak membeli barangan kerana mereka menunggu harga menurun. Bank-bank pusat itu bukan sahaja menentang inflasi, tetapi juga deflasi.

Ini berbeza daripada disinflasi, yang mana ia hanya sekadar penurunan kadar inflasi (dan kelajuan perubahan itu biasanya terlihat) pada Keluaran Dalam Negara Kasar sesebuah negara dari masa ke masa.

Disinflasi berlaku apabila kenaikan harga pengguna berlaku dengan lebih perlahan berbanding tempoh sebelumnya.

Stagflasi

Stagflasi adalah gabungan genangan (stagnation) dan inflasi. Ia adalah saat di mana inflasi harga masih ada, tetapi pertumbuhan ekonomi tergencat (ekonomi bergenang).

Bagaimana ia boleh berlaku? Jika permintaan tidak mencukupi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mengapa harga naik?

Fenomena ini berlaku pada tahun 1970-an apabila Amerika Syarikat meninggalkan piawaian emas. Sebaik sahaja nilai dolar tidak lagi ditambat kepada emas, ia menjunam. Pada masa yang sama, harga emas meroket. Pada masa itu Pengerusi Rizab Persekutuan Paul Volcker menamatkan stagflasi dengan menaikkan kadar dana persekutuan kepada dua digit. Dia mengekalkan kadar itu cukup lama untuk mencantas potensi inflasi selanjutnya.

Inflasi upah

Inflasi upah adalah kenaikan gaji nominal. Ini bermakna pekerja menerima gaji yang lebih tinggi. Sudah tentu, semua orang percaya mereka layak menerima kenaikan gaji, tetapi gaji yang lebih tinggi adalah salah satu elemen inflasi tolakan kos (cost-push inflation). Ini boleh membawa kepada kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan sesebuah syarikat.

Inflasi asas

Kadar inflasi asas (atau fundamental) mengukur tekanan inflasi dalam ekonomi yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kuasa pasaran, iaitu perubahan harga yang hanya mencerminkan situasi bekalan dan permintaan dalam ekonomi.

Inflasi jenis ini akhirnya akan berkembang jika tidak ada kejutan ekonomi, kejutan bekalan, perubahan harga yang mendalam atau gangguan lain yang tidak dapat diramalkan.

Angka teras

Infasi teras

Kadar inflasi teras mengukur kenaikan harga dalam segala-galanya, kecuali makanan dan tenaga kerana harganya boleh berubah-ubah dengan drastik lantaran faktor musim. Pengecualian ini menjadikan kadar teras lebih tepat daripada kadar inflasi utama dalam mengukur trend inflasi asas, itulah sebabnya bank-bank pusat lebih suka menggunakan kadar inflasi teras apabila menetapkan dasar monetari. Mereka menggunakannya sebagai indikator utama bagi trend inflasi jangka panjang. Walau bagaimanapun, jika harga bahan api telah meningkat untuk satu masa yang lama, ia boleh mempengaruhi inflasi teras dengan meningkatkan jangkaan harga.

CPI Teras vs. PCE Teras

Inflasi teras diukur dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna Teras (CPI) dan indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras (PCE). CPI mengukur harga barangan dan perkhidmatan isi rumah. PCE mewakili harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Jadi, jika mereka adalah "teras", itu bermakna mereka tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga. PCE Teras dan CPI Teras adalah seperti dua beradik; kedua-duanya membantu menentukan seberapa tinggi kadar inflasi dalam ekonomi.

Pengiraan Inflasi

Jadi, sekarang apabila kita sudah ada kefahaman tentang semua definisi inflasi, mari kita lihat bagaimana kita boleh mengukur dan menganalisisnya.

Cara mengukur inflasi

Inflasi diukur dengan kadar inflasi, peratus perubahan harga dari satu tahun ke tahun yang lain. Kadar inflasi boleh diukur dengan beberapa cara:

  1. Indeks Harga Pengguna (CPI) mengukur jumlah kos barangan dan perkhidmatan yang telah dibeli oleh pengguna dalam tempoh tertentu menggunakan sebakul barangan tertentu, berdasarkan kaji selidik isi rumah. Jadi, kenaikan kos sebakul barangan itu menunjukkan inflasi. Bakul barangan itu merangkumi pelbagai kumpulan seperti makanan dan minuman, rawatan perubatan, pengangkutan, dll.

  2. Sebaliknya, Indeks Harga Pengeluar (PPI) mengukur inflasi dari sudut pandangan pengeluar. PPI adalah ukuran purata harga yang diterima pengeluar untuk barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam negara. Ia dikira dengan membahagikan harga semasa yang diterima penjual untuk sebakul barangan dengan harga mereka pada tahun asas tertentu, kemudian mendarab hasilnya dengan 100.

  3. Indeks ketiga yang lazim digunakan ialah Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE). PCE mengukur perubahan harga untuk barangan dan perkhidmatan isi rumah berdasarkan data KDNK daripada pengeluar. Ia kurang spesifik berbanding CPI kerana ia mendasarkan anggaran harga pada barangan yang digunakan dalam CPI, tetapi ia turut menggunakan anggaran dari sumber lain juga. Seperti dua indeks yang terdahulu, peningkatan angka indeks ini dari satu tahun ke tahun lain menunjukkan inflasi.

Mengapa Trader Perlu Tahu Mengenai Inflasi

Pengumuman CPI (yang anda boleh semak dalam Kalendar Ekonomi) sangat popular dalam kalangan trader kerana terdapat hubungan langsung antara inflasi, bank pusat, dan matawang. Kebanyakan negara maju cuba untuk mengekalkan kadar inflasi pada tahap 2%.

Apabila inflasi tinggi, bank pusat akan menaikkan kadar faedah. Akibatnya, permintaan untuk matawang meningkat, kerana kadar faedah yang lebih tinggi menarik pelabur asing. Oleh itu, kadar pertukaran matawang akan melonjak. Dan sebaliknya: apabila inflasi terlalu rendah, bank pusat boleh menurunkan kadar faedah, permintaan untuk matawang berkemungkinan besar akan luput, jadi kadar pertukaran akan merosot.

Itu mempengaruhi semua matawang, terutamanya USD, kerana pada masa ini, Amerika Syarikat sedang bergelut dengan inflasi 7.5%.

Mari kita lihat contohnya:

Pada 10 November 2021, Biro Statistik Buruh AS mengeluarkan salah satu kadar CPI tertinggi iaitu 0.9% pada tahun 2021. Sebaik selepas data itu diterbitkan, USD menguat berbanding matawang lain, contohnya, USDCAD naik sebanyak 2060 mata:

image_8.jpg

Apabila inflasi jatuh, trader akan bertaruh bahawa Rizab Persekutuan akan bertimbang rasa, membantu menaikkan harga saham dan bon. Sebaliknya, jika inflasi meningkat, trader akan sering percaya bahawa aset nyata seperti komoditi akan meningkat nilainya kerana Fed kelihatan kurang akomodatif.

Trader sentiasa memantau sama ada CPI yang dikeluarkan lebih kuat atau lebih lemah daripada yang dijangkakan. Memandangkan terdapat ketegangan, ini adalah peluang yang sempurna untuk trade kerana, dalam apa jua keadaan, hasil daripada pengumuman ini mencetuskan turun naik yang menyediakan banyak peluang untuk strategi trading.

Secara ringkasnya, bukan setiap jenis inflasi itu mengerikan. Selain itu, ia peluang yang hebat untuk trade berdasarkan perubahan pasaran ketika CPI, PPI, dan CPE disiarkan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.